PENGALAMAN FIRST TIME MENGUNDI

9th may 2018 ...
Another phase in my life...



Muka bahagia dapat mengundi.  Cover sikit for safety purpose.
#undi itu rahsia #muka is burning as always

First time saya mengundi... Pada 9 MEI 2018, terus kerajaan pun baru. Tak tahu nak Kata apa .Memang yang lahir 1996 ni akan mengalami banyak perubahan kan. Ok sebenarnya Kita nak bagitahu perasaan kita.. Setelah PM Bertukar dr DSN( dato seri Najib) kepada Tun Dr Mahathir, begitu ramai sekali yang menghina dan mencaci bekas Pm kita. Saya tidak memihak kepada mana mana parti, namun terkejut dengan tindakan serta bahasa netizen umumnya. Bukan soal PRU sahaja, tapi soal bnyak isu isu lain yang timbul seperti isu pelancaran tudung nya di Zouk. Bukan apa, just nak share,, baik buruk manusia cuma Allah yang tahu. Kita hanya mengetahui yang terzahir di depan mata. Di sebalik kezahiran itu, masih banyak yang tidak kita ketahui. Buat dosa dengan manusia , nanti di akhirat Kita perlu merangkak rangkak mencari mereka di akhirat. Masih ingatkah kisah tentang seorang lelaki yang disangka pemabuk dan penzina sampai tidak ada yang sanggup mengkafankan beliau. Akhirnya beliau dikafankan oleh sultan sendiri. Ternyata beliau seorang yang tawadduk sekali. Begitulah sedikit pengajaran berkaitan kebaikan dan amal soleh. Kadang ia tersembunyi dan tidak mampu ditafsir elok oleh akal kerana tampak bagitu mustahil. Hakikatnya , hanya Allah jua yang mengetahui hakikat sesuatu niat dan kebaikan. Janganlah kita terlalu hebat Dalam menghukum orang lain seakan diri Kita begitu suci dan bersih dari dosa. Bencilah sesuatu kemaksiatan dan perbuatan buruk itu, tapi bukan membenci pelakunya. Selagi kita Masih bergelar seorang muslim dan sesungguhnya Muslim itu bersaudara, doakanlah yang baik baik buat saudara seislam Kita. Insyaallah moga diberkati hidup kita semua serta negara tercinta Malaysia ini terus dirahmati dengan nikmat keamanan.

Comments

Popular posts from this blog

TANAMAN HIASAN DAN LANDSKAP

Laila Majnun : Othman Haji Zainuddin

AN UPSI STUDENT