TANAMAN HIASAN DAN LANDSKAP

Tumbuhan Landskap dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kegunaan, fungsi, tekstur, skala, warna, bentuk dan ciri pertumbuhannya.
Tanaman  landskap dapat dibahagikan kepada 12 belas kategori iaitu :

1. pokok naungan / saka
2. Pokok Palma
3. Pokok Renek
4. Kaktus
5. Pokok Orkid
6. Rumput Turf
7. Tumbuhan Memanjat dan Menjalar
8. Tanaman Hiasan Dalaman
9. Tanaman Penutup Bumi
10. Tanaman Semusim
11.Tumbuhan Herba
12. Tumbuhan Air (akuatik)

Pada hari ini saya ingin memfokuskan kepada sejenis tumbuhan landskap iaitu Pokok Naungan. 
Pokok naungan banyak dijadikan sebagai pokok teduhan kerana ciri cirinya yang besar, Pokok naungan juga biasanya dijadikan sebagai penahan angin kerana silaranya yang besar mampu menahan kekuatan angin. Pokok ini biasanya adalah dari jenis saka dan berbatang tunggal. Pokok ini turut dikenali sebagai pokok pinggiran jalan. pokok ini tumbuh Rendang dan mempumyai kanopi yang padat. Ketinggian pokokmini boleh mencecha sehingga 10 meter tinggi dan hidup melebihi 50 tahun, Berikut adalah contoh contoh pokok naungan.
pokok bungor ( lagerstroemia speciosa)

pokok janda merana ( salix babylonica)

Pokok Hujan- Hujan ( Enterolobium Saman)
 Sememangnya, kita seharusnya menghargai keindahan dan kepelbagaian tumbuhan tumbuhan di sekeliling kita. BErjalanlah lah kita di muka bumi ini selepas ini dengan bukan sekadar pandangan yang biasa, tetapi ambillah iktibar daripadanya. Sebagaimana dalam Al- quran Allah s,w.t menyebut 

"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (Surah Al- Ankaabut. Ayat:19-20)

Comments

Popular posts from this blog

Laila Majnun : Othman Haji Zainuddin

AN UPSI STUDENT