Laila Majnun : Othman Haji Zainuddin

Review cerita Laila Majnun..
  Kisah yang bertemakan atau berlatar belakangkan orang orang arab pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah. Laila dikatakan anak  kepada seorang Amir (pemerintah ) bernama  Al Mahdi sebuah daerah iaitu Bani Amir.Qaisy pula anak kepada sepupunya Al - Mahdi iaitu bernama Maluh. Maluh dahulunya pemerintah di Bani Amir, tetapi telah diambil alih oleh Al- Mahdi.Namun. Maluh tidak pernah berasa iri hati atau kecewa dengan pengambil alihan jawatan tersebut. Kedua dua laila dan qaisy menggemari syair.
          Sejak kecil, Laila merasakans ebuah perasaan cinta dan rindu yang entah kepada siapa.diberitakan kepada ibunya, ibunya turut merasa hairan dengan sikap Laila. Laila berperasaan seperti orang dewasa yang bercinta meskipun dalam hidupnya dia tidak pernah mengenali mana mana lelaki melainkan pengawal dan juga ayahnya.Qaisy tidak pernah bertemu LAila. Namun, mereka berkongsi perasaan yang sama..Qiasy turut merasakan perasaan rindu dan cinta yang entah kepada siapa.Dan setiap qaisy terluka atau sakit, laila kan turut merasakannya.Sehinggalah pada suatu hari, mereka bertemu dalam suatu majlis. Guru Qaisy dan pengasuh Laila merancang pertemua itu apabila melihat mereka mempunyai kesan kesakitan yang sama meski tidak pernah bersua.
            Sejak pertemuan pertama, mereka sudah jatuh cinta. Setelah itu, mereka terus berutus surat melalui bantuan burung yang diberi nama Si Putih. Dalam kelas tempat mereka belajar , ada orang lain yang turut menginginkan laila iaitu Wardah. SEhingga suatu hari mereka bergaduh yang berpunca dari wardah. Semuanya makin meningkat dewasa, penduduk BAni amir terutama pemuda diseru menyertai perang. ( Perang akibat perbalahan antara sunnah wal jammaah, khawarij dan syiah). Wardah dan qaisy menyertai perang dengan niat yang berbeza. wardah ingin menamatkan riwayat Qaisy. Qaisy pula ikhlas pergi berperang ekrana Allah taala. terdetik di hati Qaisy mengapa mereka perlu berperang, sedangkan masing 2 meperjuangkan agama yang satu iaitu Islam, sungguh tidak masuk akal baginya untuk membunuh saudara muslim yang lain hanya kerana berbeza pendapat. NAmun, apakan daya apabila pihak musuh telah mengatur strategi untuk menyerang dan memerangi pihak kerajaan atau pemerintah iaitu Bani Umayyah.Jadi, dia perlu mempertahankan dirinya. Di medan perang, wardah berkesempatan untuk membunh qiasy. dilontarkannya lembing ke arah belakang qaisy dan menusuk belakangnyya. Namun, dengan izin Allah s.w.t qiasy masih hidup dan dirawat oleh penduduk tempatan oleh sebuah keluarga. Rabiah adalah anak gadis kepada tuan rumah yang telah merawatnya sepanjang qaisy tidak sedarkan diri. Manakala, di Bani Amir, Laila dipaksa kahwin dengan wardah. Luluh hatinya mengetahui qaisy meninggal. Namun, dia yakin selagi tidak melihat jasad qaisy, qaisy masih hidup. Wardah pulang dengan mengatur fitnah bahawa Qaisy mati kerana dia lemah, dan wardah adalah heronya. SEdangkan pada hakikatnya, Qaisy adalah antara yang mengetuai perang dan berjaya menewaskan begitu ramai pihak musuh.

    Setelah sekian lama dan sedarkan diri, Qaisy minta diri untuk pulang ke Bani Amir dengan alasa mempunyai isteri yang menunggu. Pedih dan kecewa yang bukan kepalang apabila mengetahui LAila sudah bernikah dengan Wardah. qaisy sudah menjadi seperti orang gila.tidak keluar rumah dan kusut masai.Sehingga suatu hari dia menerima surat dari Laila melalui si Putih. Mengalir air mata qaisy membacanya.Surat yang ditulis itupun meminta dia agr tidak berputus asa sambil berserah kepada Allah Yang Maha Kuasa.Qaisy sedar bahawa selama ini dirinya amat lemah. BErserah akibat kegagalan cinta yang duka lara, menjadikan dia terperangkap di dalam kesedihan, menjadi gila bayang.Qaisy tidak lagi mengurungkan dirinya di dalam kamar, kamarnya tidak lagi dikunci dan ditutup. Dia keluar dari kamarnya , terdapat satu perubahan besar ke atas dirinya. Maluh bertasbih dan takbir kerana perubahan anaknya itu. Janggut dan misai Qaisy bertukar menjadi putih seluruhnya. Dia kelihatan seperti seorang pendeta.Qaisy telah berhijrah mencari ketenangan dan cinta serta melihat keagungan Allah.
               MAnakala, wardah telah menceraikan Laila kerana dia sedar perkahwinan memerlukan memerlukan penyatuan dua jiwa. Laila cuba belajar untuk menerimanya, namun tidak mampu apabila memikirkan wardah yang berniat membunuh Qaisy itu. Akhirnya mereka berpisah. Laila turut memulakan perjalanan dan bermusafir bagi mencari Qaisy.
               Laila menyamar menjadi lelaki bagi melindungi dirinya di dalam perjalanan. DIA bermalam bersama gelandangan yang lain. PAda hari yang lainnya, dia mencari qaisy dengan berjalan di tengah2 padang pasir yang amat panas. NAmun, dia gagahi perjalannya meski dia sudah dalam keadaaan lemah longlai. Berulang kali dia berdia pada Allah, agar dipertemukan dengan Qaisy sebelum dia meninggal. Sehingga pada satu saat dia pengsan di tengah tengah padang pasir. Dia diselamtakan oleh kafilah pedagang.Mereka merangcang untuk menghatar laila pulang apabila LAila memberitahu asal dia dari mana. Mereka bermalams sebelum menyambung perjalanan, Laila cuba dirogol oleh anak kafilah namun berjaya dihalang oleh ketua kafilah. Laila berfikir sekali lagi untuk tidak pulang ke rumah kerana yakin orang rumahnya tidak mengizinkannya untuk keluar lagi untuk mencari Qaisy. DIa senyap senyap lari dari pedagang kafilah itu. DIa yakin dia perlu meneruskan perjalanann mencari Qaisy dan mampu berdikari setelah mengahadapi pelbagai dugaan di sepangjang perjalanan.
          Manakala Qaisy tiba di satu kawasan wadi yang terpencil. Dalam renngan panjangnya menyesali kehilangan Laila tersua dengan kesedaran betapa besar nikmat Allah dibandingkan dengan kehilangans seorang kekasih. Di situ, dia berasa lapang.Timbul rasa kesyukurannya dan dia bermunajat ," Tuhanku, betapa aku telah melupakan-Mu dalam pencarian ini.Aku berasa sangat kehilangan sehingga aku melupakan apa yang telah Kau kurniakan kepadaku.Apa yang selaama ini menjadi keyakinan ku.Hanya Kau Ya Allah, yang aku sembah dan mohon pertolongan" Qaisy terus sujud.BErcucuran air mata kekesalan meruntun.Sambungnya lagi, " Tuhanku, segala yang kulakukan adalah kerana-MU.Aku mencintai Laila adalah kerana-Mu. Kau yang menjadikan hatiku dan hatinya bagai segumpal daging yang dibahagi dua.Aku merindunya kerana-MU ya Allah.Aku jadi ekmbara begini kerana-Mu ya Allah.KAu jadikan tempat yang asing ini syurga bagiku. KErana itu Ya Allah, biarlah rinduku- ini untuk -Mu."
         LAila yang kepenatan tertidur pada malamnya. Esoknya, dia tersedar dan menyedari dia seorang diri.DIa berjumpa dengan seekor kijang. Mereka berkongsi air. KEmudian, kijang itu memberi isyarats seakan memanggilnya ke satu tempat. MEski tidak larat, dia gagahi jua mengikut kijang tersebut. BEtapa terkejutnya apabila melihat seorang lelakii berjubah putih sedang solat dan bermunajat. DIa yakin itu Qaisy. DIa mendekati dengan sayu.Qaisy terkejut.Apakah dia bermimpi kerana ternampak kelibat manusia (Laila ) dihadapannya.Dia menganggap itu permainan syaitan yang suka datang dalam pelbagai rupa, yang menggoda keimanan manusia.Qaisy sudah belajar untuk tidak mempedulikannya.Namun, dia tiba peraya bahawa sosok dihadapnnya adalah manusia. lalu menjawab, " Ya aku Qaisy, siapa kau?" Laila sedih kerana Qaisy melupakan dirinya. "Aku LAila, kau LUpa aku?"
   perkataan itu menyentuh dan menggores sembilu hati qaisy yang paling dalam.Bisa dan ngilu dirasakannya.Bunyi seperti mereka telah berkenalan lama malah bercinta.QAisy mula mencari dalam lipatan kenangannya,Dia seperti ingat.Di dalam kotak kenagnanya, terlalu banyak tersimpan peristiwa yang berserabutDia hanya ingat sesuatu kerinduannya. Laila menggoncang QaisyLaila mengingatkan kembali peristiqa Qaisy pergi berperang dan hal yang terjadi. QAisy meluah," terlalu banyak peristiwa yang menimpa ke atas diriku.Aku sedang mencari dalam lipatan ingatanku, seperti mencari sepasang pakaian yang pernah ku miliki.SEsunguhnya, aku menjadi daif dalam ingatan kerana terlalu banyak luka yang berdarah di hati sehingga mengaburkan ingatanku.Kadangkala, aku pun lupa kepada diriku.Aku dibalut kerinduan. " Laila," Tidakkah kai rindu padaku?" " Ya aku  rindu, tapi pada siapa?" Dia tudak dapat meninggalkan dianya,Dia jadi rindu kepada Ya Khalik. keluhnya lagi, " Aku rindu pada Tuhanku."
         laila membalas, " qaisy, aku tidak berhasrat menarik kerinduan kau kepada ya rabb. Aku juga rindu pada-Nya. Dia telah mengabulkan doaku. Tuhan terlalu sayangkan aku sehingga diberinya aku petunjuk jalan, hingga aku dapat mencarimu di sini."
         Qaisy memandang LAila dengan penuh rasa simpati.Dia masih tercari cari titik pertemuan mereka. Sebenarnya, dia telah fana dalam kerinduan kepada Allah sehingga dalam satu keadaan dia melupakan dirinya sendiri. Laila mengingatkan kembali Qaisy kepada syair syair yang mereka tulis . DIa melagukan syair tersebut kembali.
       Qaisy mula teringat dan mula mengingati kisahnya kembali.Berderailah air mata mereka berdua. Lalu, keduanya nekad untuk pulang. Namun, Laila berada dalam keadaan nazak dan adalah mustahil untuk Qaisy membawa Laila pulang kerana mereka berada begitu jauh dari orang ramai dan dari BAni Amir. Kebetulan, Al MAhdi dan MAluh yang bersama sama mencari anak mereka. SEjurus sampai di rumah, mereka buat keputusan bernikah meski LAila nazak. Mereka ingin hidup bersama selamanya sebagai pasangan di dunia dan di akhirat. Sejurus, setelah akad nikah, LAila mengucapkan dua kalimah syahadah. sekali lagi Qaisy ditinggalkan LAila buat selama lamanya.
        Tiada yang abadi di dunia, namun Allah maha mengabulkan doa. TIdak di dunia, di Akhirat Insyaallah. Cinta yang abadi dan terus hidup lagi menengangkan adalah Cinta kepada ya - Rabb maha memiliki hati- hati dan cinta. Pastinya Qaisy dapat menjadi lebih kuat disebalik kerinduannya kepada Laila kerana dia pernah mengalaminya sebelum ini.
                                    DI sebalik kerinduan terhadap seseorang, kita menemukan Cinta kepada Ya- Rabb kerana kita patut sedar  tiada rindu yang patut jadi lebih melebihi kerinduan kepada Rasulullah dan Allah S.W.T.

Comments

Popular posts from this blog

TANAMAN HIASAN DAN LANDSKAP

AN UPSI STUDENT