MEMBUAT AKAUN EBAY ( 5 TAHUN )
ALHAMDULILLAH.
i ve been dreaming to start selling on ebay since i was 20++. Ianya mengambil masa tempoh 5 tahun untuk saya betul betul akhirnya dapat berniaga di ebay. Terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi ketika dalam proses membuat akaun ebay ini.
Antara cabarannya adalah seperti berikut:
1) akaun di 'suspend'. Macam mana boleh berlaku? ( kali pertama buka akaun ebay)
Ketika saya membuka akaun ebay, saya cuba sambungkan kepada akaun paypal. Akaun paypal ini perlu diverifikasi terlabih dahulu. Oleh kerana ketika itu saya tidak tahu cara yang betul untuk verifikasi, saya bairkan ia terlebih dahulu. Sehingga beberapa minggu, ketika saya cuba untuk log masuk kembali, akaun saya sudah di 'suspend'kan. Hal ini kerana, ebay menganggap saya saya telah melanggar polisi mereka. Mungkin dikategorikan sebagai 'scammer' kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk verifikasi identiti.
2) Buka kembali akaun ebay.
Setelah setahun/2 tahun kemudian, saya merancang untuk fokus kembali kepada ebay. Menggunakan akaun yang sama, saya cuba login, dan tak dapat. Akaun saya masih di'suspend' kan oleh ebay. Saya cuba untuk menghubungi khidmat pelanggan. Saya ada memberikan maklumat saya seperti kad pengenalan menerusi e-mail. Namun, masih tiada jawapan.
3) Cuba membuka akaun ebay menggunakan akun lain.
Kali kedua saya daftar di ebay menggunakan alamat emel yang baru. Pun, akaun saya kali ini di suspend kan juga. Saya sudah lupa kenapa akaun disekat kembali. Tetapi, baru saya tahu untuk berniaga di ebay, kita perlu membuat persiapan yang rapi. Tidak boleh membuat listing sesuka hati.
4) Pasca Pandemik telah memberi saya peluang untuk meneroka kembali ebay (tahun ke-5).
Saya mula bersikap serius. Item pertama saya tayangkan di ebay adalah losyen. Saya membuka akaun ebay menggunakan email yang baru. KAli ini saya lebih bersedia dengan segala dokumen verifikasi yang diperlukan dan tidak melengahkan proses verifikasi. Contih dokumen adalah bil yang mengandungi alamat surat menyurat dan nama kita, lesen atau kad pengenalan, dan satu lagui saya dah lupa.
5) Langkah seterusnya adalah 'listing' baranng yang kita perlu jual.
Perkara pertama yang paling penting pada pendapat saya dalam 'listing ' adalah NOMBOR MPN PRODUK. nombor mpn adalah nombor yang tertera pada barkod setiap produk. *maafkan saya sekiranya salah*. Barcode adalah elemen yang sangat penting. Barkod sesuatu produk sememangnya didaftarkan secara antarabangsa meskipun produk tersebut adalah produk 'lokal'. Ianya ibarat satu validasi.
6) Menunggu pelanggan.
Saya seorang yang akan mengutamakan kerja hakiki saya. Jadi, dah siap listing, teruskan berdoa semoga ada pelanggan di ebay. hihi. Ketika membuat ;listing' tu, perlu pandai letakkan harga. Kiralah anggaran kos pos ke luar negara beserta total keuntungan yang diinginkan.
Comments
Post a Comment